Tuesday, 18 October 2016

BACKGROUND COMPANY

H&M MAINTENANCE SERVICES adalah sebuah syarikat kontraktor bertaraf bumiputera yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh  bumiputera. Selain itu syarikat ini juga memiliki pekerja-pekarja mahir dan separuh mahir serta berkelayakan dan berupaya untuk melaksanakan kerja-kerja yang telah di pertanggungjawabkan dalam tempoh masa yang telah di tetapkan di samping hasil kerja yang memuaskan. H&M MAINTENANCE SERVICES  telah ditubuhkan pada  23 April 2008 dengan  Suruhanjaya Syarikat Malaysia  dalam bentuk perniagaan  milikan tunggal yang beralamat di Sungai Chua, Kajang.

         H&M MAINTENANCE SERVICES merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan membekal alat hawa dingin, membaiki dan menyelenggara alat hawa dingin serta membuat kerja-kerja elektrikal,mekanikal. Pada awalnya, H&M MAINTENANCE SERVICES hanya tertumpu kepada kerja-kerja di rumah pelanggan dan dari kontraktor utama. Namun begitu, H&M MAINTENANCE SERVICES telah mengorak langkah lebih maju dengan menjalankan kerja-kerja secara langsung dengan kontraktor utama yang berskala lebih besar.

 H&M MAINTENANCE SERVICES  juga telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF-ePerolehan), CIDB, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) , PERKESO dan lain-lain.

          Harapan H&M MAINTENANCE SERVICES  adalah untuk menyahut seruan kerajaan dengan menggunakan tenaga tempatan demi kejayaan dan kesejahteraan negara. Syarikat juga akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperluaskan bidang perniagaan serta menceburi pelbagai bidang  yang bersesuaian sehingga mencapai tahap  maksima.

No comments:

Post a Comment